Monday 28 February 2011

nisbah dosa meninggalkan solat secara sengaja...

1. Solat Subuh;
~ ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka (bersamaan 60 000 tahun di dunia).

2. Solat Zuhur;
~ dosanya seperti membunuh 1000  jiwa orang Islam.

3. Solat Asar;
~ dosanya seperti ia meruntuhkan ka'abah.

4. Solat Maghrib;
~ dosanya seperti berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).

5. Solat Isya';
~ Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa ia mencari bumi lain.

Sunday 27 February 2011

ORANG BERBUAT BAIK KENAPA MASUK NERAKA???

ORANG BERBUAT BAIK MENGAPA MASUK NERAKA ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum..

Sahabat yang dirahmati ALLAH

"Sesungguhnya jika engkau berbuat SYIRIK, niscaya HAPUSlah amalmu, dan benar-benar engkau termasuk orang yang RUGI". (QS. Az-Zumar: 65).

Saudaraku….....

Tidak cukup kita menjadi orang yang BAIK.
Karena tidak semua yang masuk NERAKA adalah orang yang TIDAK BAIK.
Ada juga, mereka adalah orang yang menganggap telah berbuat seBAIK-BAIKnya.
Tetapi sesungguhnya dia adalah orang yang PALING MERUGI perbuatannya.
Padahal mereka telah beramal SHOLEH yang banyak kepada orang lain.

Mereka itulah orang yang tidak mendapat HIKMAH dari Allah...
Menganggap telah berbuat seBAIK-BAIKnya.
Tetapi PALING MERUGI perbuatannya.

Kunci yang lain selain AMAL SHOLEH adalah BERIMAN,
Yaitu BERIMAN kepada AYAT-AYAT Allah dengan MENTAATINYA,
dan tidak MENYEKUTUKAN-Nya dengan sesuatupun.

Katakanlah (Muhammad): "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan mengingkari perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.

Katakanlah (Muhammad): "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

Katakanlah (Muhammad): "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
(QS. Al Kahfi : 103-110)

” Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min,
apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya
maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (QS. Al Ahzab : 36)

Bahkan menurut Allah subhanahu wa ta’ala...
Do’a mereka tidak akan sampai kepada Allah.
Catatan amal mereka akan tertahan.
Karena PINTU LANGIT telah TERTUTUP untuk mereka.
Dan mereka MUSTAHIL akan masuk SURGA.
Sebagaimana MUSTAHILnya UNTA masuk ke dalam LOBANG JARUM.

”Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lobang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.” (QS. Al-A’raf : 40)

Saudaraku….....
Telah banyak AYAT Allah yang kita dapatkan...
Telah banyak SABDA Rasul yang kita pelajari...
Apakah kita telah MENGIMANI dengan MENGAMALKANNYA ?
Ataukah kita telah MENGINGKARI dengan MENCAMPAKKANNYA ?
Janganlah kita BERIMAN dengan AYAT yang satu...
Dan INGKAR dengan ayat yang lain.

Janganlah kita BERIMAN dengan AYAT tentang IMAN kepada Allah,
Tetapi INGKAR dengan AYAT tentang larangan SYIRIK kepada-Nya.

Janganlah kita BERIMAN dengan AYAT tentang SHOLAT,
Tetapi INGKAR dengan AYAT tentang ZAKAT.

Janganlah kita BERIMAN dengan AYAT tentang AKHLAQ,
Tetapi INGKAR dengan AYAT tentang JILBAB.

Janganlah kita BERIMAN dengan AYAT tentang HAJI,
Tetapi INGKAR dengan AYAT tentang JIHAD.

SEMUANYA datang dari Allah dan Rasul-Nya,
SEMUANYA kita harus MENERIMANYA.

Masuklah ke dalam ISLAM secara KAFFAH (KESELURUHAN),
Janganlah MENGIKUTI langkah-langkah SYAITHAN.

”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al-Baqarah : 208-209)

Wallahu A’lam bish-Showab, dan semoga bermanfa’at buat kita yang masih punya harap Rohmat dan Maghfiroh-Nya

RENUNGAN HIDUP

Jika kamu berada dipagi hari,janganlah kamu menunggu petang tib...a.
Hari inilah yang akan Anda jalani,bukan hari kemarin yang telah berlalu dan segala kebaikan dan keburukannya,dan bukan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang saat ini matahari yang menyinari Anda,dan siang menyapa Anda,inilah hari anda.

Umur Anda mungkin tinggal hari ini.Maka anggaplah masa hidup Anda hanya hari ini,atau seakan Anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.Dengan begitu,hidup Anda tidak akan berada diantara gumpalan keresahan,kesedìhan,dan duka masa lalu dan dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.Dan pada hari inilah,Anda harus bertekad mempersembahkan kualiti ibadah yang khusu',membaca Al Qur'an ,zikir dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak,kerelaan dengan yang Allah berikan,perhatian dengan terhadap kesihatan jiwa dan raga,serta perbuatan baik terhadap sesama manusia.

Pada hari ini dimana Anda hidup saat inilah sebaiknya Anda membagi waktu dengan bijak.Jadikanlah setiap minit laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan.Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini.Ber-istighfar-lah atas semua dosa,ingatlah selalu kepada-Nya,bersiaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian,dan nikmatilah hari dengan segala kesenangan dan kebahagian.Terimalah rezeki,isteri,suami,anak-anak,rumah,ilmu,dan pekerjaan dengan penuh keikhlasan.

BAIKI IMAN

baiki iman...antara cara2nya;
1. Bersihkan Rumah Dari Setiap Perhiasan Yang Menyerupai Patung-Patung Dan Berhala.
2. Banyakkan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Soleh Dan Melibatkan Diri Dengan Majlis-Majlis Ilmu.
3. Mudah Untuk Memberikan Kemaafan Di Atas Kesalahan Orang Lain Terhadap Kita.
4. Bila Berada Dalam Keadaan Marah Janganlah Berlebihan, Ingatlah Sifat Marah Itu Adalah Berasal Dari Syaitan.
5. Banyak Mengerjakan Sembahyang Berjemaah Terutama Di Masjid.(Bagi Lelaki) perempuan lebih afdal di rumahnya.
6. Banyakkan Berdoa, Berzikir Dan Bertahmid Kepada Allah S.W.T.
7. Banyakkan, Beristighfar Dan Memohon Taubat Kepada Allah S.W.T.
8. Cintailah Seseorang Tetapi Tidak Berlebihan.
9. Hargailah Setiap Pemberian Dan Hadiah Dari Orang Lain Kepada Kita.
10. Jangan Terlalu Tamak Pada Harta.
11. Jangan Terlalu Bercita-Cita Tinggi Terhadap Sesuatu Kedudukan.
12. Jangan Berkeinginan Terlalu Tinggi Melebihi Dari Kemampuan Diri.
13. Tidak Merasa Goyah Kerana Sesuatu Fitnah Yang Dilemparkan.
14. Jangann Mencampuri Harta Yang Halal Dengan Yang Haram.
15. Jangan Mempunyai Musuh Kecuali Iblis Dan Syaitan.
16. Jangan Terlalu Takut Kepada Kemiskinan Dan Kesusahan.
17. Jangan Melakukan Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Terganggu.
18. Jangan Berkata Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Rasa Terhina.
19. Jangan Cepat Percaya Kepada Berita Buruk Mengenai Sahabat Kita Sebelum Diperiksa Akan Kebenarannya.
20. Jangan Melengah-Lengahkan Tanggungjawab Dan Kewajiban.
21. Jangan Terlalu Banyak Membuat Hutang.
22. Jangan Terlalu Mudah Membuat Janji, Tetapi Tidak Menunaikannya.
23. Jangan Menyimpan Dendam Dan Berkeinginan Untuk Membalas Kejahatan Dengan Kejahatan.
24. Jangan Menyimpan Benci Terhadap Orang Yang Membenci Kepada Kita.
25. Jangan Membiasakan Diri Dengan Berkata Dusta Dan Berbohong.
26. Jangan Membuka Aib Orang Lain.
27. Jangan Bersedih Kerana Miskin, Dan Jangan Bersikap Sombong Kerana Kaya.
28. Jangan Menghabiskan Waktu Untuk Sekadar Mendapat Hiburan Dan Kesenangan Yang Melalaikan.
29. Jangan Ada Rasa Takut Kecuali Kepada Allah.
30. Jangan Membiasakan Diri Melakukan Dosa-Dosa Kecil.
31. Jangan Bersikap Sombong, Takabur, Angkuh Dan Besar Kepada.
32. Jangan Menzalimi Dan Mengianaya Anak-Anak Yatim.
33. Jangan Menghina Kepada Mereka Yang Suka Meminta-Minta, Hulurkan Sedekah “Kerana Allah” Sekadar Yang Mampu.
34. Jangan Membuat Dosa Terhadap Kedua Ibu Bapa.
35. Jangan Menyimpan Hasad Dengki Dan Dendam Di Atas Kejayaan Orang Lain.
36. Jadilah Seorang Insan Yang Boleh Menyumbangkan Manfaat Kepada Agama, Bangsa Dan Negara.
37. Jangan Meraih Kejayaan Di Atas Penderitaan Dan Kesengsaraan Orang Lain.
38. Jangan Mengumpul Kekayaan Tetapi Dengan Memiskinkan Orang Lain.
39. Sentiasa Berlaku Adil Dalam Setiap Urusan Dan Pekerjaan.
40. Sentiasa Memelihara Aurat Dari Pandangan Yang Bukan Mahramnya.
41. Sentiasa Menghormati Dan Menyimpan Perasaan Kasih Kepada Guru-Guru Dan Alim Ulamak.
42. Sentiasa Mengingati Kepada Kematian Dan Menyedari Bahawa Kehidupan Di Dunia Ini Adalah Sementara Sahaja.
43. Sentiasa Berlaku Adil Walaupun Diri Kita Sendiri Yang Akan Menanggung Kerugian.
44. Sentiasa Memelihara Dan Menjaga Amanah Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab.
45. Sentiasa Memandang Kebawah Supaya Diri Kita Bersyukur Kepada Allah Di Atas Apa Yang Diberikan.
46. Jangan Berputus Asa Bila Berhadapan Dengan Kesusahan.
47. Kurangkan Percakapan Dan Perbualan Yang Mensia-Siakan.
48. Makanlah Dengan Secukupnya Tetapi Tidak Terlalu Kenyang Dan Berlebihan.
49. Membanyakkan Membaca Al Quran Dan Meghayati Maksudnya.
50. Menjauhkan Diri Dari Penyakit-Penyakit Batin.
51. Membanyakkan Sembahyang Malam (Sunat).
52. Membanyakkan Bersolawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
53. Menyayangi Kepada Fakir Miskin Dan Sentiasa Berlaku Baik Terhadap Mereka.
54. Menganggap Setiap Pertemuan Kerana Allah Dan Perpisahan Juga Kerana Allah
55. Sentiasa Berwaspada Dan Menjauhkan Diri Dari Dosa-Dosa Besar.
56. Sentiasa Bersyukur Bila Mendapat Nikmat, Bersabar Bila Mendapat Kesulitan.
57. Sentiasa Bertawakal Di Atas Setiap Kerja Dan Amal.
58. Sentiasa Ikhlas Di Atas Setiap Kerja Dan Perbuatan.
59. Tunaikanlah Janji, Bila Telah Diikrarkan Dan Mintalah Maaf Bila Tidak Dapat Melaksanakannya.
60. Yakin Diri Setiap Kebajikan Akan Mendatangkan Kebaikan Dan Setiap Kejahatan, Akan Mendatangkan Kerosakan.
61. Sentiasa Menghormati Kepada Setiap Orang Walaupun Ianya Lebih Muda Dari Kita.

Saturday 26 February 2011

Air mata

Duhai air mata~ bilakah engkau hendak berhenti mengalir?
Hanya kerinduan pada manusia..
hanya kerana ujian yang begitu sedikit semangatmu sudah hancur berderai..

tabahlah duhai hati kerana Allah sedang mengujimu, dan Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka..

Ya Allah.....

Alirkanlah air mata ini hanya untukMu.

ya Allah, kembalikanlah semangatku.....
gantikanlah kerinduanku padanya kepada kerinduanku pada MU..

Berilah aku juga dia petunjukMu...RahmatMU...RedhaMU...
agar kami sama2 akan bertemu
disyurgaMu ....

Amin....

Aku

Aku...
Insan yang menumpang dimukabumi ini..
amat lemah....
tidak berdaya...
Aku...
perlu bimbingan
untuk menuju kepangkuanMu
Ya Rabbi..
berilah hambamu ini
kekuatan
lindungilah aku
dari tipu daya
yang ada didunia ini...

Aku hanyalah insan yang diberi peluang untuk bernafas di bumi ini, untuk melihat dan menghayati keindahan ciptaanNya. Namun, aku sering alpa untuk mensyukuri nikmat yang telah dianugerahi dengan melanggar laranganNya. Astaghfirullah. Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Maka, ampunilah aku ya Allah dan tunjukkanlah aku jalan yang lurus di saat aku lalai dan leka daripada mengerjakan suruhanMu. Matikanlah aku dalam islam dan iman agar aku dapat bertemu denganMu di akhirat kelak. Makbulkanlah doaku ini. Amin ya Robbal A'lamin...
salam...